Sunday, November 16, 2008

DAri KAca MAta PengaRAH-WAN AZLI WAN JUSOH-Budak KElantan

budak kelantan masuk panggung

budak kelantan bukan judul pilihan aku. roh ceritanya – koya best. tak ada kena mengena secara khusus dengan budak kelantan. dalam komuniti mana pun koya best terjadi. poyo, istilah lainnya. waktu judul ditukar jadi kb-kl-amerika, aku terima sebab masih di sekitar tema, iaitu perjalanan. dari satu tempat ke satu tempat. dari satu keadaan hidup ke keadaan hidup yang lain. dan mereka, watak-watak dalam filem aku ni, koya best. mereka dalam kondisi minda tertawan.

tapi konon tajuk budak kelantan lebih komersiol kata diorang yang terbitkan filem aku. diorang tak faham cerita pon. puas aku eksplen kenapa mesti tajuk koya best. tak boleh la kata diorang. bos mintak tukar.

pastu diskas. bincang tajuk lain. kb-kl-amerika tercadang. bukan tanda sengkang asalnya. simbol anak panah. so aku stuju sebab di sudut lain kisahnya tentang perantauan. dari kelantan ke kuala lumpur fizikalnya. dari kelantan ke usa mindanya. sebab macam aku kata tadi, watak-wataknya koya best. baik yang jahat maupon yang baik. dua-dua koya best. dua-duanya konon. dan poster pon dah design. aku terlibat skali masa bincang nak buat poster tu macam mana. first draft siap. aku komen tak suka. aku bagi cadangan. huh.. haram tak dipakai. cakap aku tak ada harga.

tup tap, dah bertahun, waktu nak transfer ke filem, aku diberi pilihan: budak kelantan atau kelantan boys. mesti pilih antara dua tu. tak boleh argue. suwey. alasan, cadangan bos. susah betul buat filem guna duit orang nih. kalu korang nak buat filem sila pakai duit sendiri. nak buat apa pon korang leh buat. tapi kalau pakai duit orang, orang tu boleh buat suka hati je dengan filem korang. pastu nama korang gak yang dipakai sebagai pengarah. korang gak yang kena kutuk. diorang tak kena. binawe.

poster. cis. aku tak nak letak kat blog nih. aku tak suka. 100% tak suka. macam apa entah. totally lain dengan design dulu. ikut suka hati mak bapak diorang je buat poster macam tu. masa tengok poster tuh aku terus gelak. gelak sampai otak mereng terus rasa macam jadi gila lagi bagus.

banyak benda dalam filem aku nih aku tak suka. sebab disentuh diraba diromen disetubuhi orang lain tanpa kerelaan aku. yang masih aku, cerita dia. tapi jangan korang baca sinopsis yang syarikat penerbitan tu taruk kat website dia. jangan percaya gak apa yang sinema malaysia tulis tu. tu jalan cerita tempelan. bukan itu yang aku nak cerita. pehal aku nak cerita kisah budak2 bercinta. so what budak2 bercinta? pelik? biasa je. kan?

aku nak cerita cerita lain laaa... cis.

tapi macam mana pon sinopsis ditulis, cerita aku di filem itu kekal. setiap orang akan ada sudut pandang sendiri kisah filem ni tentang apa. tertakluk pada level pemikiran setiap orang tu. ada orang yang dah menonton tanya soalan kat aku: tak takut orang kelantan marah ke buat cerita budak kelantan jahat? haha..

abis tu orang hindustan buat cerita orang hindustan jahat, orang putih buat cerita orang putih jahat, cina buat cerita cina jahat, tamil buat cerita tamil jahat bangsa diorang tak marah pon. sebab yang jahat tu watak jahat. yang watak baik baik lah. dalam komuniti apa pon. bangsa apa pon. ada yang baik dan ada yang jahat. kenapa pulak cerita aku jadi persoalan. aku buat cerita budak2 kelantan sebab aku kenal benar dengan komuniti tu. aku hidup bersama diorang. kenal bau peluh tengik diorang. kenal buruk baik diorang. tu je sebab kenapa aku pilih nak bercerita dengan latar budak2 kelantan. sebab aku tahu detail. ye lah, nak buat cerita masyarakat cina karang aku membohong je karang sebab aku tak directly involved dalam komuniti diorang. aku hanya ada sudut pandang orang ketiga. tapi kisah filem aku nih, sudut pandang orang pertama. aku merasainya. hidup dalamnya. sekian.

so sapa2 yang rasa still nak support aku, sila datang menonton di panggung. ada masa depan gak tergantung kat filem pertama aku nih. boleh jual ada peluang buat filem lagi dengan duit orang. tak boleh jual, aku kena pergi menoreh, kumpul duit dan buat filem dengan duit sendiri. 20 tahun lagi cukup aaa kot modal haha.. tapi nak stop buat filem, aku rasa tak mungkin. tiap hari aku prepare untuk buat filem yang lagi bagus lagi bagus lagi bagus.. aku still belajar, masih dan akan terus belajar sampai.. sampai mati.

30hb oktober nih budak kelantan masuk panggung. anak sulung akhirnya bakal lahir.

No comments: