Monday, November 17, 2008

Pilihanraya di US-sistem 2 parti-apakah kelebihannya?

Seperti mana yang kite sume tahu, US adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. iaitu demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi adalah sebuah sistem yang mementingkan suara rakyat dalam pemerintahannya. Seperti yang disebutkan oleh abraham lincoln....."goverment of the people, by the people, 2 the people". Yang mana bermaksud kerajaan oleh rakyat dari rakyat dan kepada rakyat. Perkataan demokrasi adalah berasal dari perkataan demos yang bermaksud pemerintahan dan kratos yang bermaksud rakyat. Sistem demokrasi di US adalah antara yang terbaik di dunia ini berbanding dengan negara lain-hampir mencapai demokrasi matang.

Setiap negara yang mengamalkan sistem demokrasi mempunyai parti politik untuk mewakili sesebuah pertubuhan untuk menjadi kerajaan. Parti politik bermaksud sebuah kumpulan yang mempunyai organisasi dan aturan, dan berusaha untuk memilih seseorang untuk menjawat jawatan dalam pemerintahan di bawah label yang tertentu. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, terdapat 4 jenis sistem parti, iaitu sistem 1 parti, sistem 2 parti, sistem banyak parti dan sistem parti yang dominan. US adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem 2 parti.

Sistem 2 parti bermaksud hanya 2 parti yang bertanding untuk menjadi sebuah kerajaan untuk memerintah negara, walaubagaimanapun terdapat juga parti lain,yang bersama-sama memeriahkan pilihanraya.(ataupun green parti). Green party lebih memperjuangkan mengenai persekitaran namun begitu green party juga adalah boleh menjadi sebagai lawan kepada parti republican dan party democrats, agar tidak memandang rendah akan parti yang kecil ini. Jika tidak berjaga-jaga dan membuat kesilapan, mungkin juga green party ini mempunyai peluang yang untuk memerintah US. Party democrats adalah parti yang liberal, banyak dianggotai oleh kelas perkerja, mendapat sokongan yang kuat daripada golongan di bandar, yahudi, kulit hitam, golongan pekerja, golongan muda dan berpendapatan rendah. Parti republican pula mewaliki golongan kelas pertengahan,bersifat konservatif, mendapat sokongan daripada penduduk luar bandar, berada, golongan eksekutif perniagaan orang tua, dan golongan yang berpendidikan. Demokrats vs republican-kebanyakan rakyat amerika berbeza etnik, budaya, agama, dan demografi, jadi sukar untuk menetapkan yang mana imej democrats dan republican. Malahan, tahap konservatif dan liberal dalam sesebuah masyarakat adalah berbeza kerana manusia boleh bersikap liberal terhadap isu yang lain, tetapi bersikap universal terhadap satu isu yang lain.

Di sini pula akan membincangkan kelebihan sistem 2 party dan kelebihan sistem pilihanraya di Amerika Syarikat.

1. Rakyat mempunyai pilihan semasa pilihanraya-pilihan antara republikan, democrats, dan green party

2. Kedua-dua party memainkan peranan checks and balance masing-masing-democrats dan rebulican semak dan imbang antara satu parti dengan parti yang lain.

3. Mengelakkan berlakunya sistem totalitarian di china-adanya demokrasi yang betul2 mementingkan hak rakyat.

4. Hak mengundi umum-18 tahun ke atas dah bleh undi, dulu wanita dan hamba xbleh undi, cuma lelaki dewasa sahaj. Zaman sekarang x lagi.

5. Pilihanraya kerap diadakan-pilihanraya kat malaysia 4-5 tahun sekali. di US- dewan perwakilan-2 tahun, presiden-4 tahun dan senate-6 tahun.

6. Pengundi ada pilihan- ceramah, hadir sesi soal jawab-bertanyakan mengenai agenda parti dan sebagainya.

7. Bebas berbincang tentang calon-bebas berbincang tanpa ada gangguan ataupun sekatan kepada pihak berkuasa.

8. undi rahsia-kertas undi xcatat no siri-jadi kerajaan xtahu sape yang mengundi dan undi calon mane.

9. Calon hendaklah mengisytiharkan harta persendirian-untuk mengenai sejauh mana status calon itu, check kewangan calon, bley detect ada x mengamal kan rasuah.

10. Media-mana mana calon menggunakan media sebagai menyatakan agenda mereka untuk memerintah kerajaaan.

11. PAC-Political action commity-mengumpulkan dana pilihanraya untuk membantu calon dalam pilihanraya.

12. Pembayar cukai memberi sumbangan sebanyak $ 1 kepada kempen pilihanraya umum. Hasil dibahagikan kepada calon yang bertanding.

13. Calon mempunyai kesamarataan dalam berkempen-tiada berat sebelah kepada mane2 pihak.

Kesimpulan-sistem demokrasi di US banyak kelebihannya-negara lain haruslah mengikuti apa yang dilakukan oleh US. Bersama-sama berusaha untuk mencapai sistem demokrasi yang matang.




No comments: